Selasa, 23 Jun 2015

Kehidupan Dalam Keimanan Atau Kekufuran

Assalamulaikum dan selamat pagi,wahai pembaca sekalian.

   Hari ini saya ingin menceritakan tentang sesuatu pekara.Alhamdulilah saya dikurniakan satu mimpi yang sungguh ajaib kerana ia menerangkan sesuatu tentang kehidupan sama ada dalam keimanan dan kekufuran.

   Dalam mimpi saya menerangkan tentang kekufuran,ia bercerita tentang seorang ayah saya sanggup mencuri makanan dan minuman pada waktu malam di kedai serbaneka bersama saya (anaknya).Saya menasihati bapa saya untuk tidak mencuri kerana takut ayah saya dimasukkan ke lokap bila dia ditangkap tetapi dia degil dan dia berkata ini semua untuk makanan harian kita.

   Malangnya,bapa saya telah ditangkap lalu dimasukkan dalam lokap.Apabila sudah dimasuk dalam lokap,saya terdetik hati untuk melawat ayah saya dalam lokap.Saya berbual dengan kawan selokap dengannya.

Saya :- Assalamulaikum,kawan.
Kawan :- Walaikumsalam,kawanku sejati,Aiman.
Saya :- Mana ayah saya ??
Kawan :- Ayah awak tengah tidur itu,nak saya kejutkan dia ???
Saya :- Takpe,saya ingin bertanya kepada awak sahaja.
Kawan :- Ye,soalan apa yang ingin ditanya ???
Saya :- Ayah saya sebelum ini okay tak dengan sifatnya ???
Kawan :- Alhamdulilah,dia semakin okey sejak kebelakangan ini.
Saya :- Ye ke ?? alhamdulilah Ya Allah Ya Tuhanku,terima kasih untuk segalanya.
Kawan :- sebelum itu saya ingin bercerita tentang seorang pemuda ini.
Saya :- ok,teruskan wahai kawanku.
  
Kawan saya ingin menceritakan tentang apa yang saya ingin ceritakan selepas ini.Sekarang ini saya ingin menceritakan tentang keimanan dalam mimpi saya.Begini ceritanya,lokap itu berada dalam balai polis berdekatan rumah pemuda ini.Kawan saya bercerita bahawa dia selalu ternampak pemuda itu selalu bahagia bersama keluarganya termasuk isterinya.Bila saya tengok pemuda yang kawan saya ceritakan,terkejut apabila bahawa pemuda itu adalah seorang sahabat yang ku kenal iaitu saudara Ammar Bin Hamidun.Dia merupakan naqib usrah saya di tempat saya belajar sekarang.

   Saya rasa terharu dan seronok sebab Abang Ammar merupakan satu role model saya pada masa kini.Saya suka Abang Ammar sebab dia merupakan seorang yang bagus dalam menyampaikan dakwah islamiah kepada anak naqibnya termasuk saya,dia juga seorang kuat beragama.Cara dia menyampaikan ilmu itu membuatkan saya rasa seronok berkawan dengannya dan teringin ingin lagi mendengar isi penyampaiannya.Percayalah,wahai pembaca.Bila anda semua berkawan dengan Si Ammar ini,percayalah bahawa anda rasa tidak rugi berkawan dengannya.

   Berbalik kepada cerita tadi,kawan saya bercerita bahawa pada setiap hari waktu pagi dan petang,dia selalu ternampak si Ammar selalu bersuka ria,berseronok dengan isterinya bersama anaknya.Ada masa dia bersama dengan keluarga ibu bapanya apabila mereka menziarahi ke rumahnya.Pada waktu malam,dia dengan keluarganya pergi ke masjid berdekatan untuk menunaikan kewajipannya.Apabila kawan saya ternampak semua ini,dia insaf lalu menjadi seperti pemuda itu.

   Dari sini,saya ingin memberi kesimpulan tentang kehidupan sama ada dalam kekufuran dan keimanan dalam mimpi saya tadi.Dari pemikiran saya bahawa kita hendaklah bersyukur dengan apa yang Allah S.W.T beri kepada kita.Selain itu,kita hendaklah melakukan kewajipan kita sebagai umat islam seperti Solat 5 Waktu,melakukan kebaikan,menjauhi kemungkaran dan lain-lain malah kita hendaklah hidup dalam cara islam seperti cerita tentang si pemuda itu.Semua itu asal daripada cerita tentang kehidupan dalam keimanan.

   Seterusnya,secara simbolik dari kehidupan dalam kekufuran dalam mimpi saya bermaksud kita janganlah sombong apabila kita menerima sesuatu nikmat,sesungguhnya nikmat itu boleh ditarik balik oleh Allah S.W.T dengan sekelip mata sahaja.Oleh itu,cerita tentang bapa saya mencuri barang keperluan (makanan & minuman),ia menceritakan bahawa kita hendaklah bersyukur dengannya.Sekiranya tidak bersyukur,maka Allah S.W.T akan menarik balik menyebab seseorang itu akan rasa tidak cukup sesuatu lalu melakukan pekara mungkar seperti mencuri dan sebagainya.

   Akhir kata dari saya bahawa kita sebagai umat islam hendaklah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.Justeru,kita hendaklah melakukan kewajipan kita sebagai umat islam dan juga kita hendaklah hidup dalam cara islam maka hidup kita menjadi lebih baik malah kita dapat menjauhi daripada hidup dalam kekufuran.

Wallahu A’lam.

Assalamualikum dan selamat pagi,wahai pembaca.
Dari saya Aiman.

# p/s :- Semua itu hanya mimpi semata2,tidak ada yang benar melainkan Si Ammar itu.

# p/s :- Maafkan saya sekiranya ada perkataan yang menyakiti hati tuan dan puan pembaca sekalian.Yang salah datang dari Saya,Yang benar datang dari Allah S.W.T.



(Ini Role model saya,Naqib Ammar Bin Hamidun)


(Ini Rehlah Kedua Saya Bersama PPI Di Taman Seksyen 7,Shah Alam)

Tiada ulasan :

Catat Ulasan