Assalamulaikum dan selamat pagi,semua pembaca blog saya.
Di ramadhan yang mulia ini,saya berminta maaf kepada semua pembaca kerana sudah lama saya tidak post kat blog saya ini sehingga terabai begitu sahaja.saya ingin bercerita tentang Cinta Manusia VS Cinta Si Pencipta.
Seorang sahabatku pernah berkata padaku bahawa kalau nak bercinta dengan seorang perempuan,hendaklah mencintai si pencipta yang maha esa iaitu Allah S.W.T,barulah selepas itu mencintai si dia...kerana Allah S.W.T melahirkan rasa cinta kepada seorang perempuan..bukan ia terlahir sendiri.
Mengikut arus pada masa kini,ramai manusia mencintai perempuan berbanding mencintai si pencipta,maka berlaku macam-macam fenomena seperti hari ini dan sebelum ini..
Bagi saya,saya pun mencintai si dia yg sudah dipendam lama tetapi bila sahabatku berkata begitu,ku terus bermunasabah diri dan terus sedar saya lupa untuk mencintai si pencipta dahulu..
Saya rasa amat bersalah kerana mementing cinta manusia berbanding mementing cinta si pencipta....itu menyebabkan Allah S.W.T memberikan pelbagai dugaan kepada diriku seperti Sakit,Masalah Kewangan,Kecelaruan Dan Lain-lain masalah.
Itulah manusia..manusia itu sering melakukan kesilapan dan sentiasa lalai di dunia ni..kerana mereka berpendapat dunia ni dapat membahagiakan melalui harta mereka tetapi sedarlah bahawa Allah S.W.T memberikan segala ini..
Bila kita terlalu taksub terhadap dunia ni,maka Allah S.W.T memberikan ujian yang berat seperti harta anda dicuri tanpa disedari,rumah dipecah masuk dan banyak lagi ujian yang berat.
Sampai sini,saya mengakhiri pendapat saya.saya terkejut bahawa banyak saya menulis tentang ini sehingga tidak cukup muka surat.Maafkan saya sekiranya ada pihak atau individu yang terasa.saya tidak teringin menyakiti sesiapa pun..Ia just pendapat saya..Just Open Minded,Everyone..
Harap semua dapat menhayati ramadhan ini dengan penuh semangat.setkan diri anda anggaplah macam ramadhan terakhir kali ini sebab ajal kita kita tidak dapat dijangka..
" Ramadan Al-Mubarak,Semua Umat Islam "
Harap semua dapat tunggu post saya seterusnya berkenaan tentang topik lain.
Sekian,terima kasih dan Assalamulaikum,semua
dari saya Aiman.
dari saya Aiman.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan