Ahad, 28 Jun 2015

Santunan Kasih Ramadhan

Assalamulaikum dan selamat pagi,semua pembaca sekalian,

  Sebelum saya menghantar post untuk kali ini,saya ingin berminta maaf kepada semua pembaca kerana saya tidak dapat menghantar sebarang post sebelum ini kerana saya sibuk dengan aktiviti yang saya ingin ceritakan sebentar saja lagi.


   Topik post kali ini adalah Santunan Kasih Ramadhan.Ia bukan istilah mahupun teori TAPI ia sebuah aktiviti.Aktiviti ini dianjurkan oleh Persatuan Pembangunan Insan (PPI),Universiti Selangor dan ia dibawah Exco Sukan & Kebudayaan,Abang Khairul & Kak Fadilah.Aktiviti ini dijalankan pada 27 Jun 2015 (Sabtu),iaitu semalam di Masjid Al-I'tisam,TTDI Jaya.Tempoh aktiviti ini tidak terlalu lama,hanya dalam 11 Jam sahaja.




(Ini poster bagi Santunan Kasih Ramadhan)



(Ini Logo Rasmi PPI)


(Ini Ketua Exco S&K,Abang Khairul)


(Ini Pembantunya Exco S&K,Kak Fadhilah)

   Sebelum saya memulakan penceritaan saya tentang pengalaman saya dalam aktiviti ini,harap semua terhibur membacanya,

  Pada pukul 12.30 tengah hari,semua peserta dimintakan untuk berkumpul di Rumah Hijau,Unisel Shah Alam bagi sesi pendaftaran.Bila saya datang,terkejut ramai juga yang menyertai aktiviti ini...hehehe itupun muslimat je ramai dan muslimin krik-krik (sikit je).Selepas itu,saya mengisi borang pendaftaran,borang insuran diri bila menyertai aktiviti ini.



(Si peserta sedang mengisi borang pendaftaran)

   Pada pukul 12.45 tengah hari,bila semua peserta sudah berdaftar,maka semua termasuk saya berkumpul di hadapan Pejabat Faculty Of Business melainkan bagi yang ada kenderaan pergi ke sana untuk menaiki bas untuk bergerak ke sana.Bila bas dah sampai,maka saya apa lagi terus bergerak dan masuk ke bas untuk mencari tempat duduk yang sesuai.




(Para muslimat sedang menaiki bas)


(Semangat betul semua muslimat siap ada nak tangkap gambar balik pakai camera tu)


(Dari tingkap tempat yang saya duduk dalam bas)

   Bila semua peserta dah masuk dalam bas,maka berlakunya proses pengerakan ke destinasi seterusnya TAPI sebelum memulakan itu,Ketua Exco Pengangkutan membaca Doa Menaiki Kenderaan.Bila dah selesai membaca doa,maka bermulanya pengerakan ke sana.

   Apabila bas on the way ke sana,saya mendengar lagu bagi menghilangkan bosan saya untuk menunggu bas sampai ke destinasinya.Bila dah sampai di destinasi,saya terus membuka kasut lalu mengambil wuduk kerana waktu tu jemaah dalam masjid itu tengah menunaikan solat zohor berjemaah.


   Bila dah selesai menunaikan solat zohor,maka dalam pukul 2 petang,semua muslimin dan muslimat berkumpul di belakang masjid.Selepas itu,Ketua membahagikan beberapa tugas Gotong-royong kepada muslimin dan muslimat seperti :-


Muslimin :- Ada 3 Kumpulan 

  • Kumpulan 1 - Di Tandas Muslimin
  • Kumpulan 2 - Di Taman
  • Kumpulan 3 - Di Belakang Masjid
Muslimat :- Ada 4 Kumpulan
  • Kumpulan 1 - Di Tandas Muslimat
  • Kumpulan 2 - Di Bubur Lambuk
  • Kumpulan 3 - Di Masjid
  • Kumpulan 4 - Di Belakang Masjid

(Ketua sedang membahagikan tugas kepada beberapa kumpulan)


(Para muslimat sedang mengeluarkan peralatan untuk memulakan tugas mereka)

   Dalam pukul 2.20 petang,maka bermula tugas membersihkan masjid ini mengikut tugas masing-masing.Saya mengambil tugas Gotong-royong di belakang masjid.Saya ingatkan senang tugas itu rupanya susah juga sebab tugasnya membersihkan tempat yang bersepah-sepah dan kotor malah kena asingkan buku-buku agama dengan kitab bagi proses pembakaran untuk kitab suci saja.Yang lain pula,ada yang simpan dan ada yang terpaksa buang.

   Semasa saya melakukan tugas ini,saya terkejut bahawa Pihak Petronas pun terlibat dalam event kali ini TAPI diaorang ada event tersendiri.Sayang pula nak buang buku-buku ini sebab itu ada ilmu TAPI terpaksa buang atas arahan ketua kumpulan ini,so nak buat macam mana.TERIMA HAKIKAT JE.Tugas membersihkan kawasan itu memakan masa dalam 1 Jam 30 Minit je.Dalam 4 petang,tugas kami dah selesai.YAHOO,hehehe.




(Ini sewaktu pembakaran kitab suci di belakang masjid)



(Tekun betul,si Daniel)


(Gambar kami berdua,hehehe)



(Menunggu kitab suci menjadi abu)

     Sewaktu saya melakukan tugas ini,saya melawat sahabat saya yang sedang melakukan tugas lain seperti masak bubur lambuk,mencantikkan taman,membersihkan tandas dan lain-lain.Bila saya melihat kerja mereka,seronok juga bila kita sepersatuan lakukan kerja gotong-royong bersihkan masjid sama-sama.Ini namakan Ikatan Sahabat Sesama Islam ataupun Ukhwah Fillah.


(Si Hakim tekun melakukan tugas)



(Kumpulan 2 sedang melakukan tugas)



(Para muslimat memasak bubur lambuk)



(Bubur lambuk mesti sedap kan bila diaorang masak ??? hehehe)



(Kumpulan 3 sedang menyusun kitab-kitab dan buku-buku ke tempat asal)



(Si Muhaimin dan Abang Faiq sedang mengemas kawasan ini)



(Para muslimin Petronas dan muslimat PPI sedang masak ya)



(Abang Yusof sedang merasai alam sekitar dengan menyentuh pokok yang warna hijau)



(Teruskan usaha,para muslimat)



(Alhamdulilah,nampak kemas je walaupun belum habis lagi mengemas)



(Abang Ifdal dan Kak Puteri sedang menyusun barang-barang untuk dijual di booth pada malam nanti)



(Abang Yusof jadi payung ajaib,hahaha)



(Penat sungguh para muslimat bila saya tengok mereka duduk dengan keadaan berkongsi)



(Fokus benar si muslimat itu bila dia sedang mengaul bubur lambuk itu)



(Ini tandas muslimin yang sudah siap membersihkan,tahniah korang)



(Si Abang Yusof fokus benar bila mengaul bubur lambuk bersama para jemaah)



(Abang Khairul sedang mencat batu-bata itu menjadi cantik)

   Bila saya melawat sahabat saya,saya terserempak dengan Abang Ammar bersama pak cik dari luar negara,entahlah dari negara mana ?.Abang Ammar agak gagap sikit bila pak cik itu bercakap bahasa inggeris TAPI Abang Ammar lepasi semua tu.Semua itu aku tak dapat dengar melainkan ada satu ayat dia cakap "Wow,Malaysia People are good and i like it".Bila aku dengar itu,rasa seronok pula jadi rakyat Malaysia ini,hahahaha.


(Ini pak cik yang saya mention tadi di atas)

  Selepas itu,sementara menunggu azan Asar berkumandang,saya duduk di kawasan dalam masjid sebab itu ada aircond yang paling nyaman sehingga boleh menghilangkan penat saya bila kena udaranya malah berbual dengan para muslimin yang lain juga.


(Penat betul si kucing tu,kesiannya)



(Ruang dalaman Solat Masjid Al I'tisam ini)



(Ini suasana luar di masjid ini)



(Ini berhampiran dengan tempat belakang masjid je)



(Penat sungguh si Hakim ini bila saya melihatnya)

   Apabila azan Asar sedang berkumandang,saya terus mengambil wuduk.Bila dah selesai,terus bergerak ke ruang dalaman untuk menunggu para jemaah menunai solat asar secara jemaah.Bila bilal melafaz iqamat,saya terus mencari saf yang berada di depan sebaik mungkin untuk mendapat pahala yang setimpalnya.

   Bila selesai sudah mengerjakan solat Asar berjemaah,saya terus merehatkan diri dengan tidur sebentar bersama kawan saya.Pada pukul 6.00 petang,saya terus bangun tidur lalu pergi ke bilik air untuk membersihkan diri dan menukarkan pakaian yang lebih bersih.Selepas selesai membersihkan diri,kawan saya mencari saya waktu itu untuk menjadi saya sebagai seorang cameraman untuk merakam satu temubual bersama dua pelajar tahfiz.

   Penemubual untuk temubual ialah Hakim & Abang Khairul.Topik temubual ini adalah tips menghafaz Al-Quran dengan pantas dan tepat.Soalannya adalah antaranya seperti asal-usul,sebab,macam mana boleh masuk sekolah tahfiz ini dan lain-lain.Kalau nak tahu lebih lanjut,saksikan video temubual ini.


(Si Penemubual rancak menemubual dua pelajar tahfiz)


(Hakim & Abang Khairul sedang bersedia untuk menemubual para pelajar tahfiz)


   Selepas habis sesi menemubual,maka masjid itu mengadakan majlis tahlil TAPI tiba-tiba pula ada sesi bergambar bersama para muslimin dan muslimat,hmmm.Baru nak join tahlil tu tapi nak buat macam mana,terpaksa tak dapat join majlis itu.

   Bila majlis tahlil sedang berlangsung,maka ia memakan masa yang lama untuk mengumpul semua muslimin dan muslimat untuk sesi bergambar.Bagi saya,seronok juga bila tangkap gambar beramai-ramai dan ia boleh meningkatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.


(Ini gambar kami sepersatuan yang gaya bebas)



(Ini gambar kami dalam gaya formal)

   Bila sesi bergambar tamat,maka kami menunggu di tempat berbuka masing-masing sehingga waktu berbuka itu datang.Waktu itu perut saya berbunyi doh,rasa tak tahan dan nak pengsan je tapi tahan demi beberapa minit lagi nak berbuka.Saya dan sahabat saya berbuka puasa dengan pak cik.Saya berbuka dengan air Sirap,kurma dan juga bubur lambuk TAPI itu just starter je sebab ada lagi yang lebih besar selepas solat Maghrib.Bila saya rasa bubur lambuk itu,rasanya boleh je tapi kena tambah ayam lebih sikit TAPI saya bersyukur dapat berbuka dengan bubur lambuk.


(Ini makanan berbuka kami hari ini)

   Bila dah selesai berbuka,maka kami teruskan mengambil wuduk dengan kuantiti air yang sedikit sebab waktu itu ramai jemaah mengambil wuduk secara serentak bila bilal melafaz iqamat.Selepas itu,saya terus mencari saf kosong untuk menunaikan solat Maghrib berjemaahan.

   Bila sudah tamat solat Magrib berjemaahan,maka ramai jemaah berpusu-pusu mencari talam sampai jemaah yang lambat datang tidak dapat makan dalam talam maka diaorang terpaksa makan dalam bekas plastik.Alhamdulilah,akhirnya saya dapat makan dalam talam juga,hehehe.


(Inilah makanan dalam talam,Nasi Arab,sedap bhai,hahaha)

   Selepas itu,kami merehatkan diri bersama sahabat-sahabatku sambil berbual dan mendengar ceramah daripada Adik Tok Guru Nik Aziz.Intipati ceramahnya sungguh padat dan menusuk ke kalbu bila mendengarnya.Saya mendengarnya sehingga azan Isyak tiba.Bila azan Isyak berkumandang,saya terus mengambil wuduk.Bila bilal melafazkan iqamat,saya terus mencari saf lalu menunaikannya secara berjemaah.

   

(Sahabatku sibuk menghabiskan makanan mereka)



(Abang Khairul tengah makan tu)

   Selepas menunaikan solat isyak berjemaah,saya terus melakukan solat tarawih dan witir secara berjemaah.Dalam pukul 10 malam,saya merehatkan diri lalu minum air Sirap untuk menghilangkan haus saya untuk menunggu bas tiba di masjid Al-i'tisam.Pada pukul 11 malam,bas tiba di masjid lalu saya terus menaiki bas dengan membawa sebotol air Sirap.


(Para muslimat sedang menjamu selera)

   Dalam bas,ketua exco pengangkutan membaca doa selamat dalam menaiki kenderaan.Antara destinasi bas iaitu :- Masjid Al-I'tisam -> Wisma MAIS -> Unisel.Selepas sampai di Unisel,saya terus balik ke rumah sewa saya dengan menumpang motor kawan serumah saya lalu mengucapkan salam penutup kepada sahabat-sahabat.

   Secara kesimpulannya,program ini bagus untuk masyarakat kita pada hari ini,ia menanam diri kita agar saling bantu-membantu masyarakat islam yang mengalami kesusahan.Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat mengadakan program seperti ini.Terima kasih kepada Persatuan Pembangunan Insan kerana mengadakan program kebajikan ini.Saya berharap pada masa depan agar pihak PPI mengadakan lebih program kebajikan yang macam ini.

   Akhir kata dari saya,saya minta maaf dari setulus hati saya sekiranya ada yang terguris hati dengan penulisan saya bagi kali ini.

"Yang Baik Datang Dari Allah,Yang Buruk Datang Dari Saya"

Sekian,Terima kasih dan Assalamulaikum,
Dari saya,Aiman


(Adik Tok Guru Nik Aziz beramah mesra dengan bekas presiden PPI)


(Inilah Booth PPI kami di situ)

Jumaat, 26 Jun 2015

Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun - Ulasanku

Assalamulaikum dan selamat petang,wahai pembaca sekalian,

   Cuaca hari ini agak panas sehingga jubah yang saya pakai untuk menunaikan Solat Jumaat tengah hari tadi berpeluh-peluh dan juga berbau terpaksa saya membasuh jubah itu semula.Topik untuk post kali ini bukan tentang jubah saya atau cuaca hari ini.Topik kali ini sungguh istimewa bagi peminat lagu cinta mahupun yang lelaki ataupun yang perempuan yang sedang mencari cinta sejati mereka.

   Topik kali ini berjudul iaitu Jodoh Berdua oleh Hafiz Hamidun.Lagu ini sungguh istimewa bagi saya kerana ingatkan saya kepada kekasih dulu tetapi itu bukanlah sebab utama meminati lagu ini.Sebab utama meminati lagu ini adalah ia dapat memberi semangat untuk mencari jodoh yang sejati malah boleh menenangkan jiwa saya bila mendengarnya.

   Bila saya mendengarnya,saya dapat merasakan bahawa jodoh itu adalah milik Allah S.W.T.Allah S.W.T merahsiakan itu kerana itu merupakan pekara ghaib yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera maka kita wajib mempercayai walaupun kita tidak dapat melihat itu melalui pancaindera manusia.

   Dari sini saya dapat simpulkan bahawa jodoh itu ditentukan oleh Allah S.W.T,maka kita hendaklah menunggu sehingga jodoh kita muncul di depan kita TAPI kita hendaklah berusaha untuk mencari jodoh kita.Kalau kita tunggu saja,maka jodoh itu akan datang lambat.Sebelum saya menutupi post ini,hayati lagu kegemaran saya ini di bawah.

   Sekian sahaja penulisan saya bagi kali ini.Sekiranya saya ada kesilapan dalam post ini,tolong memberi teguran melalui komen.Maafkan saya sekiranya ada perkataan menyakiti para pembaca.Yang Baik Datang Dari Allah S.W.T,Yang Buruk Datang Dari Saya.

   Assalamulaikum dan selamat petang malah selamat berbuka puasa juga kepada semua pembaca,
Dari saya,Aiman

   Liriknya :-

Jika cinta mampu untuk ku lukiskan 
Garisannya penuh dengan pengharapan 
Sentiasa dalam doaku 
Menyimpan rasa ingin bertemu 
Insan yang masih rahsia 
Dan teristimewa

Pencarianku kini telah berakhir 
Detik bahagia kini telah pun hadir 
Sungguh aku percaya 
Ketentuan Yang Esa 
Jodoh berdua begitulah takdir 

Yang terlihat kini hanya anugerah 
Dan melafazkan janji yang terindah

Sentiasa dalam doaku 
Menyimpan rasa ingin bertemu 
Insan yang masih rahsia 
Dan teristimewa 

Pencarianku kini telah berakhir 
Detik bahagia kini telah pun hadir 
Sungguh aku percaya 
Ketentuan Yang Esa 
Jodoh berdua begitulah takdir 

Bersedialah menunggu di garis penghujung 
Insya Allah ke syurga 
Bersatu kasih kita

Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir


Jodoh berdua begitulah takdir

  Video :-




Khamis, 25 Jun 2015

Demam Denggi - Penyakit Berbahaya

Assalamulaikum dan selamat pagi,wahai pembaca sekalian.

   Hari ini saya ingin menceritakan tentang satu topik yang agak menarik yang menjadi isu hangat dalam masyarakat pada masa kini iaitu Demam Denggi.Topik ini selalu diperkatakan oleh masyarakat kerana penyakit ini senang dijangkiti oleh ramai rakyat Malaysia sekarang.Ia menyebabkan menjadi satu penyakit yang berbahaya pada masa kini.

  Pengenalan

   Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.
  1. Terdapat empat jenis denggi iaitu 
  • Demam Denggi
  • Denggi Berdarah
  • Kejutan Denggi (DSS)
  • Denggi Klasik
   Setiap jenis denggi mempunyai definisi yang berbeza.Ia tidak sama antara satu sama lain.Demam denggi selalu berlaku dalam kalangan masyarakat kita.Manakala,Denggi berdarah,ia penyakit yang paling takuti yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda malah Kejutan denggi (DSS) adalah paling bahaya dan paling tinggi mengalami kematian.

    Demam denggi hampir sama dengan demam biasa dan tanda-tandanya berbeza mengikut individu masing-masing.Lazimnya kanak-kanak dan orang tua lebih berisiko mendapat penyakit ini disebabkan ketahanan badan yang lemah malah kanak-kanak lelaki lebih senang mendapat penyakit ini daripada kanak-kanak perempuan.


   Virus Denggi akan tinggal di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tandanya.Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
   Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile),dijumpai di kawasan tropika dengan taburan geografi serupa dengan malaria.Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku.Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Cara Penyebaran

  • Melalui gigitan nyamuk aedes daripada orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.
  • Proses Penyebaran
           1) Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi 
           2) Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
           3) Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya
           4) Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi 
           5) Proses ini diulang balik daripada pertama sehingga akhir.

Tanda-tanda & Gejala

  1. Demam denggi bermula ia dengan
  • Demam mengejut
  • Demam berterusan
  • Sakit kepala teruk 
  • Sakit di belakang bebola mata 
  • Sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias) 
  • Sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah (breakbone fever
  • Gatal-gatal.
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Rasa pahit di lidah
  • lemah dan tidak berdaya
   Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang,ia muncul di anggota bahagian bawah (pada sesetengah pesakit,ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh).Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red).Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit.Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
   Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic).Secara klinikal,bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya) kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity).Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
    2. Kes DHF juga menunjukkan tanda-tanda :-
  • Demam tinggi 
  • Fenomena pendarahan
  • Trombositopenia (thrombocytopenia) 
  • Haemoconcentration
   Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Rawatan

  1. Rawatan-rawatan yang selalu dilakukan oleh doktor :-
  • Terapi sokongan.
  • Mengekalkan makan terutamanya minum air.
   Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum,tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk.Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

     2. Cara lain rawatan selain di atas :-
  • Bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.
  • Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.
  • Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.

     3. Sahabat saya kata selain daripada cara di atas,cara ini yang agak ringkas bagi yang benci berjumpa untuk jumpa doktor TAPI kalau anda sakit itu dah melarat sangat,pergilah hospital untuk dapatkan rawatan lanjut.Antara cara-caranya adalah seperti berikut :-

  • Minum air isotonik (100 Plus,Revive dll)
  • Hirup sup ketam
  • Pastikan suhu persekitaran anda panas untuk mengeluarkan peluh di dalam badan.

Pencegahan

  • Tiada vaksin untuk demam denggi flavivirus.
  • Menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi.
  • Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk melalui pengunaan ubat jentik-jentik berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik.
  • Penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) boleh membantu menghapuskan aedes dewasa dengan mudah
  • Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes
  • Kerap tukar air dalam pasu bunga setiap minggu
  • Tutup semua bekas air seperti baldi,besen dll
  • Bersihkan persekitaran kediaman anda dan buang tin atau bekas-bekas yang boleh menakung air
  • Elakkan melawat tempat-tempat yang berisiko tinggi 
  • Lindungi diri daripada gigitan nyamuk seperti memakai pakaian yang menutup seluruh badan

Kesimpulan

   Penyakit Demam Denggi amat bahaya bagi manusia sama ada yang muda mahupun yang tua,maka di sini saya berharap rakyat Malaysia semua hendaklah mencegah semua ini daripada semua ini berlaku agar tidak berlaku sebarang kematian di antara kita.

   Sebelum saya mengakhiri post saya,ada kata-kata hikmat yang terlintas di fikiran saya iaitu "Mencegah itu lebih baik daripada Merawat".Maafkan saya sekiranya ada isi post ini ada bercanggah dengan ilmu tuan/puan tentang saya.Sumber ilmu saya tentang ini berasal dari hasil kajian melalui internet dan buku.
"Yang Baik Datang Dari Allah S.W.T,Yang Buruk Datang Dari Saya"
Assalamulaikum dan selamat pagi,
Dari saya Aiman.



(Ini Tanda-tanda Demam Denggi)


(Ini Cara-cara menghapuskan Demam Denggi)